Ramalan Perkembangan Teknologi Di Malaysia Sepanjang 2012
Dengan berakhirnya tahun 2011, ramai yang sudah mula membuat azam dan sasaran baru untuk tahun 2012 ini. Seperti semua sedia maklum, sepanjang tahun 2011, dunia teknologi di Malaysia berkembang pesat dengan membawakan pelbagai perkara positif dan negatif kepada industri. Jadi, dengan bermulanya tahun 2012, apakah yang bakal dibawakan olehnya kelak kepada industri IT tempatan?
Perkembangan
Telekomunikasi Dan Internet Jalur-Lebar
Dengan dunia
yang berkembang pesat, dan kelajuan jalur-lebar yang semakin diutamakan,
Malaysia turut sama akan menerima kesannya. Baru-baru ini juga, ia telah
diumumkan yang mana kabel optik yang menghubungkan Batam-Dumai-Malaysia telah
pun aktif.
Pada masa
yang sama, dunia jalur-lebar berkelajuan tinggi akan terus meluas, dimana
kawasan yang diliputi oleh UniFi akan terus bertambah dari hari ke hari. Selain
daripada itu, P1 akan turut memasuki perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan
tinggi dengan menawarkan perkhidmatan tersebut dengan bekerjasama bersama-sama
dengan pihak Telekom Malaysia.
Maxis pula
akan terus mempromosikan perkhidmatan Maxis Home mereka, manakala Astro dan
juga TIMEdotCOM masing-masing akan memperluaskan kawasan liputan untuk
perkhidmatan Astro Byond IPTV.
Dari segi
jalur-lebar mudah-alih pula, LTE akan mula dibangunkan secara berperingkat dari
bulan- ke bulan. Sebelum ini, DiGi sendiri telah mulakan penaik-tarafan talian
mereka, menjadikannya lebih stabil dan pantas. P1 pula telah mengumumkan yang
mana mereka akan mula membangunkan LTE bermula suku tahun ke-4 tahun ini,
manakala Maxis dan Celcom masing-masing telah pun mulakan ujian, dan dijangka
akan membangunkannya secara serius sepanjang tahun ini.
Kandungan
Berasaskan Video Meningkat Drastik
Pada tahun
lepas, kita dapat melihat ramai yang mula menghasilkan video-video bebas, dan
sepanjang tahun 2012 ini, kita akan dapat melihat angka tersebut bertambah
dengan drastik lagi.
Bertambah
mengukuhkan perkara ini adalah dimana Google sendiri disasarkan untuk
melancarkan perkhidmatan YouTube Malaysia tidak lama lagi untuk pasaran
tempatan. Sebelum ini, Google telah melancarkan YouTube Singapore, dan YouTube
Fillipina, memperlihatkan pelancaran YouTube Malaysia tidak lama lagi.
Disamping
itu, memandangkan informasi lebih mudah disampaikan melalui video, kandungan
sebegini dijangka akan terus meningkat, apatah lagi masing-masing kini
mempunyai peranti mudah-alih yang mampu merakamkan video dalam kualiti yang
baik.
Industri
Pembangunan Aplikasi, Animasi Dan Multimedia Terus Berkembang
Salah satu
industri yang bakal berkembang pesat sepanjang tahun ini adalah industri
kreatif dan multimedia yang meliputi pembangunan aplikasi mudah-alih, animasi
dan sebagainya.
Sepanjang
tahun lepas sendiri, kita dapat melihat perkembangan positif dalam industri
ini, dan dengan ramai penganalisa yang mensasarkan perkembangan dunia
mudah-alih yang drastik di rantau ini sepanjang 2012, mungkin kita akan dapat
melihat lebih ramai pembangun tempatan menghasilkan pelbagai aplikasi mudah
alih yang menarik.
Disamping
itu, kita juga akan dapat melihat lebih banyak aplikasi popular dihasilkan
dalam bahasa Malaysia, termasuk salah satunya adalah Mozilla Firefox yang
semakin hampir pelancarannya. Mungkin lebih banyak aplikasi popular akan
diperkenalkan dalam bahasa ibunda kita, sekaligus memberikannya impak yang
lebih meluas kelak.
Dari segi
dunia animasi pula, lebih banyak animasi baru dijangka akan dihasilkan, apatah
lagi dengan sokongan kerajaan untuknya. Salah satu animasi baru yang disasarkan
untuk dimainkan pada pawagam pada tahun ini adalah SeeFood. Les Copaque dan
juga Animonsta masing-masing mungkin mempunyai agenda tersendiri untuk tahun
2012 ini.
Letusan
Media Baru
Dengan
perkembangan pertambahan penghasilan kandungan bergenre akan video, media-media
baru juga dijangka akan bertambah dari bulan ke bulan. Apatah lagi, ia
diura-ura akan yang mana pilihan raya dijangka akan diadakan sekitar tahun ini,
yang mana secara tidak langsung akan membawakan kepada pertambahan pencarian kandungan
pada internet, dan media-media baru yang memfokuskannya dijangka bertambah.
Selain itu,
media yang berasaskan penghasilan kandungan berasaskan komuniti, seperti
e-Parlimen dan sebagainya juga dijangka akan meningkat. Laman-laman komuniti
dan sosial turut kami sasarkan untuk terus berkembang dengan drastik, dimana
dengan pertambahan pengguna baru setiap hari yang melayari internet, lebih
ramai mendahagakan kandungan untuk dibaca dan ditonton, sekaligus menyumbang
kepada pertambahan ini.
Media cetak sedia
ada juga disasarkan akan terus memfokuskan kepada industri atas-talian ini, dan
memperkenalkan lebih banyak perkara baru kepada pembaca setia mereka. Sebelum
ini, NSTP Media telah pun melancarkan aplikasi Android dan iOS mereka, dan
mungkin perkara ini terus akan dilakukan oleh beberapa media terkemuka yang
lain.
NFC dan Kod
QR Terus Popular
Setiap hari,
ramai pengguna menggunakan internet sebagai medan rujukan utama mereka, dan
pada akhir tahun lepas, kita dapat melihat kod QR mula popular, dimana dalam
iklan yang dikeluarkan, pada majalah, akhbar, malah pada akhbar ditepi jalan
raya turut mula memfokuskan kepada kod QR.
Mungkin
ianya akan terus popular sepanjang tahun ini, selain mana NFC juga akan turut
mula mendapat perhatian. Nokia dan juga peranti Android telah pun mula
membawakan sokongan NFC, selain Research In Motion turut mula menyokongnya
melalui peranti BlackBerry baru mereka.
Bertambah
lagi dengan adanya NFC Hub Malaysia, kepopularan NFC dijangka akan terus
meningkat sepanjang tahun ini.
Akta,
Privasi Dan Keselamatan
Salah satu
isu yang hangat diperbincangkan dari hari ke hari adalah berkenaan dengan
keselamatan di internet. Pada tahun lepas, kita dapat melihat pelbagai laman
web tempatan samada popular ataupun tidak menjadi mangsa godaman.
Trend ini
dijangka akan terus meningkat sepanjang tahun ini. Masalah beberapa agensi yang
tidak menjaga dan menghirau akan perisian dan aplikasi yang digunakan mereka
akan terus menyumbang kepada perkara ini, selain beberapa acara seperti sukan,
politik dan sebagainya yang memberikan motif utama kepada perkara ini.
Kerajaan
sendiri turut memperkenalkan beberapa perkara baru melalui pengenalan kad
pengenalan baru dan juga duit baru yang akan mula digunakan pada tahun ini.
Pada masa
yang sama, isu privasi akan terus hangat diperdebatkan, bertambah lagi dengan
ramai yang suka untuk berkongsi segalanya di laman sosial pada hari ini.
Perbincangan
mengenai akta-akta berkaitan dengan isu internet dan teknologi akan terus
hangat sepanjang tahun, selain mana Akta Badan Perkomputeran Professional yang
kini dalam peringkat draft pada masa ini.
No comments:
Post a Comment