Saturday, September 12, 2015

Langkah-langkah mudah bagi membantu pelajar akauntan untuk menjadi akauntan profesional

Pelajar Akauntan kepada Akauntan Profesional


 Mengikut penyataan ACCA(Persatuan Akauntan Bertauliah) yang mengumumkan tentang laluan mudah dan pantas kepada pelajar di Malaysia untuk menjadi profesional pada usia 20 tahun. Antara peraturan yang perlu dilalui oleh pelajar adalah menkaji tentang Certified Accounting Technician (CAT) iaitu kelayakan segera selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pengajian untuk kelayakan ACCA. Pelepasan juga dberikan kepada pelajar yang mencapai A dalam Prinsip Perakaunan pada peringkat SPM daripada mengambil satu kertas kelayakan CAT iaitu Kertas Perakaunan Kewangan 1 (FA1). 

Pelajar pencapaian A ini juga dapat menyelesaikan kelayakan CAT dalam tempoh satu tahun yang turut membolehkan mereka untuk menuntut tiga pengecualian daripada kertas kelayakan ACCA. secara ringkasnya, pelajar-pelajar akauntansi ini dapat menamatkan kedua-dua kelayakan iaitu CAT dan ACCA dalam masa tiga tahun, dengan itu dapat melengkapkan semua peperiksaan ini secara profesional dan diperakui pada usia 20 tahun. Pada masa yang sama, Ketua ACCA Malaysia David Chin berkata, " Sebagai pelajar ACCA terlatih yang profesional, pelajar boleh menikmati akses ke dalam mana-mana industri dan perniagaan pengkhususan yang mereka pilih selain dijamin kerjaya global yang ditawar sehingga di 180 negara." Secara tidak langsung ia juga merangsangkan rakan-rakan lain untuk terlibat sama. 

Selain itu, kata David, turut terdapat petunjuk kuat daripada prospek kerjaya yang menjanjikan akauntan yang bercita-cita serta boleh diharapkan apabil mereka menjadi akauntan bertauliah. 

"Ada permintaan besar untuk lebih ramai yang memilih serta menyertai profesion perakaunan, di mana Kerajaan Malaysia mempunyai program untuk meningkatkan jumlah akauntan kepada 60,000 orang pada 2020 dan itu adalah satu sasaran yang agak kondervatif."

"Malaysia adalah jauh lagi daripada mencapai matlamat itu dan ini hanya bererti bahawa jaminan pekerjaan dan kejayaan kerjaya adalah milik anda untuk merebut gelaran akauntan bertauliah," katanya.

Pada masa yang sama, selain perkara positif juga terdapat perkara negatif iaitu ramai mempunyai tanggapan yang umum bahawa akauntan 'terperangkap' dengan jurusn akaun, tetapi secara semula jadi kemahiran akauntan profesional sangat dicari dan diperlukan termasuk perakaunan forensik, audit, perancangan kewangan , pencukaian, pengurusan risiko, pengurusan pelaburan, perniagaan perundingan, perakaunan pengurusan dan lain-lain.

David turut kata, "Justeru, pelajar perlu sentiasa melakukan penyelidikan sebelum membuat keputusan mengenai cara terbaik untuk mencapai kerjaya yang menjadi cita-cita mereka," tambahnya.

Tambahan pula, bagi pelajar yang mempunyai minat dalam bidang perakaunan harus memenuhi syarat kemasukan minimum iaitu lima kredit SPM ( Gred C atau ke atas), termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik untuk kelayakan memohon Kelayakan CAT. Dengan ini dapat membuat kesimpulan bahawa pelajar yang mempunyai Gred A dan mmempunyai minat dapat menjadi Akauntan profesional pada usia 20 jika memenuhi syarat yang telah dinyatakan.








No comments:

Post a Comment